Sunday, March 7, 2010

A Morning Person

Assalamua'alaikum!

Okay kali ini Salbiah betul-betul tak ada kerja so Salbiah nak share dengan you all macam mana nak bangun pagi dengan senang.

Tips:

1. Set jam atau telefon bimbit 10 minit sebelum masaya yang kita nak bangun. Eg: Kalau kita nak bangun kul 530am, set jam kita pada 520am.

2. Letakkan jam itu jauh dari katil jadi kita tidak dapat menyampainya dan mematikannya sepertimana kita selalu lakukan.

3. Untuk bangun dari tidur, kita memerlukan dua kekuatan iaitu kita sudah tidur dengan secukupnya (5 jam) dan kita mesti lah ada niat nak bangun dan bukan tidur balik. hehe

4. Set tone alarm yang membingitkan telinga. (irritating tone) Jadi, kira boleh tersadar. Daripada kita letak lagu yang mendodoikan kita, buat apa.

5. Terus buka lampu jadi mata kita akan rasa tidak begitu ngantok.

6. Mandi dengan air yg sejuk dan bukan air yg suam (water-heater). Air yg sejuk dapat menyegarkan badan.

Kadangkala, kita selalu berkata pada diri kita: "Yahoo! Hari nie tak sekolah, tak gi masjid!!" dan lepas tu, kita hendak tidur semula. Hmm.. Kalau boleh jangan, bukan tak bagus... Tetapi untuk sesiapa yang selalu mengamalkan bangun pagi, nescaya untunglah orang itu. Ye lah, banyak yang boleh kita lakukan seperti solat tahajud, baca Al-quran, Facebook-ing, jogging and for girls, kerja rumah.

Tahu tak you all? of course la you tak tahu, i belum cerita. Okay. *Insert pathetic face* Ada something special kalau kita bangun awal tau.

Kalau you all selalu bangun awal, dan mulakan kerja pada jam 8 pagi, itu bermakan your prime time is dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi..Prime time ni bagus sebab ini lah waktu yang bagus untuk kita melakukan kerja yang berat dengan cepat. Jika you all dapat melakukan kerja dengan cat, laju, cekap dan tepat, you all dapat berhasil menyiapkan 40% of your daily work. Selalunya this 40% adalah pekerjaan yang berat. Kalau kita lakukan pekerjaan yang berat tadi pada waktu petang, kita tak akan dapat habiskan dalam 2 jam, mungkin kita perlukan 4 jam atau lebih. jadi, pekerjaan yang berat harus dilaksanakan pada prime time.

Tetapi you all kena tahu yang ia adalah amat merugikan kalo kita malas pada prime time dengan berbual panjang ketika makan pagi, mengambil masa yang lama untuk membaca suratkhabar, bersolek (perempuan mmg slow part nie. hehe) dan sebagainya.
Pada waktu prime inilah, kita harus mencari idea ataupun menyelesaikan masalah. Ini kerana waktu prime inilah, akal kita berfungsi dengan cepat dan tepat. Jika kita telah melakukan kerja berat dari 8 pagi hingga 10 pagi, saya yakin bahawa selepas waktu prime you all, confirm you all penat dan nak tidur. Boleh lah you all tidur sekejap sahaja sekadar ingin mengembalikan tenaga kita. So bila you all bangun, you all ada tenaga dan boleh lakukan pekerjaan yang lain mungkin yang lebih senang.

okay lah. Sampai di sini kot. Salbiah cuma nak share apa yang salbiah telah pelajari dengan membaca bajalah SOLUSI. Syukran kepada majalah Solusi.

Last words: Selalulah membaca kerana dengan membaca, kita dapat menimba ilmu dan juga kita dapat mongongsi kepada kawan2 kita ilmu yang kita pelajari.

Till here! Wassalam :)